Monday 4 April 2016

BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA

Image result for air
Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia.  Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air. Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air adalah mudah.  Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air.  Pada tahun 1998 yang lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka.    Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya. Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya. Oleh itu setiap kali anda menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan. Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran sederhana.Carta 1 :  Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga

 



HALAMAN RUMAH
-Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk pertumbuhan yang baik.
-Apabila  memotong rumput, pastikan rumput halaman anda tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.
-Gunakan baldi atau ‘sprinkler’ yang sesuai aliran airnya.  Sekiranya ‘sprinkler’ digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan keberkesanan siraman anda.  (Sprinkler’ yang lupa ditutup boleh membazir air sehingga 1,000 litre -sejam)
-Gunakan penyiram ‘sprinkler’ halaman yang mempunyai kawalan ‘timer’ jika perlu.  Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya ianya bersesuaian.
-Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum daripada air yang anda sirami.
-Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup.  Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.
-Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu pembaziran.  Landskap yang bijak -boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan air untuk halaman anda.
-Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun.  Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.
-Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu  (bukannya hos air).  Ini boleh menjimatkan anda
-Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.
-Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.